Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Nama Pengarang :
Richard Sagor


Tahun Terbitan :
2005


Tajuk Buku :
The Action Research Guidebook : A Four-Step Process for Educators and School Teams

Definisi

Di dalam buku ini menjelaskan bahawa pengertian kajian tindakan ialah satu siasatan atau kajian yang dijalankan oleh seseorang untuk mengambil tindakan berkenaan dengan tindakan mereka sendiri dengan tujuan untuk memperbaiki tindakan-tindakan mereka pada masa akan datang

Daripada buku ini kajian tindakan sebenarnya terbahagi kepada 4 peringkat, iaitu:

*Mengenal pasti visi dan target
*Membuat teori
*Melaksanakan tindakan dan mengumpul data
*Refleksi data dan melakukan plan tindakan

4 peringkat ini akan membantu pengkaji bagaimana untuk memperbaiki praktis untuk mencapai matlamat iaitu kecemerlangan pelajar.

Terma dan Konsep

Terdapat 3 soalan yang sering ditanya bagi memastikan ianya benar-benar kajian tindakan atau sebaliknya. Jika ketiga-tiga jawapan daripada soalan itu "Ya" bermakna kajian tersebut memenuhi kehendak kajian tindakan . Sekiranya jawapan yang diperoleh "Tidak" bagi ketiga-tiga soalan atau salah satu daripadanya, maka perlu membuat semula kajian tersebut.

3 soalan itu ialah:

1. Adakah kajian itu berfokus kepada tindakan profesional?
2. Adakah pngkaji mempunyai kuasa untuk menyelaraskan tindakan masa depan berdasarkan keputusan?
3. Adakah pengukuhan itu perlu?

Di dalam buku ini pengarang juga menerangkan bahawa kajian tindakan seperti kebanyakan jenis-jenis kajian amnya adalah dijalankan untuk salah satu daripada dua tujuan, iaitu:

1. Kenal pasti perkara yang sedang berlaku
2. untuk menguji satu hipotesis

Antara lain, pengarang menjelaskan 5 strategi khusus yang boleh membantu para pengkaji yang melakukan kajian tindakan dalam pendidikan dalam mengenal pasti keutamaan kajian iaitu:

* Penulisan refkektif
- Menggunakan penulisan reflektif untuk mendapatkan fokus sesuatu kajian

*Jurnal
- Menggunakan Jurnal untuk kenal pasti fokus kajian tindakan

*Menemuduga reflektif
- Pengkaji mengambil maklumat daripada individu lebih kurang 15 minit seorang. Mesti diingati bahawa menemuduga reflektif adalah bukan satu perbincangan.

*Wacana analitis
- Ianya lebih kurang dengan kaedah menemuduga reflektif tetapi kaedah ini mempunyai formatnya yang tersendiri, iaitu:

1. Pembentangan isu. Pengkaji mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menerangkan bidang yang akan dikaji

2. Menjelaskan soalan. Ahli panel boleh bertanyakan soalan jika tidak jelas tentang sesuatu perkara.

3. Mengkaji soalan. Ahli panel bertanyakan soalan yang memerlukan pengkaji mencari jawapan dan memberi jawapan yang dapat difahami dengan mendalam.

Selain itu, semasa menjalankan satu wacana analitis, tiga peraturan asas mesti diikuti oleh panel temuduga. Peraturan-peraturan ini adalah direka untuk memastikan bahawa orang yang ditemu duga penyelidik mencapai kepada satu pemahaman peribadi yang lebih mendalam terhadap isu itu. Peraturan asas itu adalah:

* Soalan sahaja, bukan komen
* Tiada komen kritikan
* Tiada Cadangan

4. Pasukan Reflektif. Setiap orang dari ahli kumpulan mesti memberikan jawapan kepada 4 soalan dalam masa 15 minit.

Dalam buku ini juga pengarang menjelaskan mengenai penapisan fokus. Seseorang pengkaji seharusnya mengetahui atau jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya matlamat jelas, barulah kajian yang dijalankan akan berhasil.

Bagaimana cara membuat penapisan fokus? Caranya ialah dengan melakukan "postmortem", membandingkan pengalaman kita dengan pengalaman orang lain supaya dapat mengetahui kesalahan dan sebagainya, mengumpul maklumat dari rakan sekerja, kajian kepustakaan dan lain-lain.


PENGUMPULAN DATA

Fasa pertama dalam menjalankan kajian tindakan ialah pengumpulan data yang mana ia dapat membina kajian yang sah dan beretika. Pemerolehan sumber maklumat secara sistematik dapat menyumbang kepada pemahaman yang meluas terhadap topik kajian. Penulis menekankan kepada dua aspek penting mengenai pengumpulan data iaitu kesahihan data dan boleh dipercayai. Antara teknik yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian tindakan ialah:

Temu bual


Teknik yang paling asas dalam memperoleh pengalaman dan pandangan manusia ialah melalui temu bual. Temu bual dilakukan dengan memberi sama ada soalan jenis berpandu ataupun jenis terbuka. Sebelum memulakan sebarang temu bual, penyelidik hendaklah membina hubungan kepercayaan dengan sampel atau peserta agar mereka berasa selesa ketika ditemu ramah dan dapat memberikan maklumat yang diinginkan dengan jelas dan lancar.

Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian tindakan adalah jauh berbeza dengan pemerhatian dalam kajian eksperimental. Dalam kajian tindakan, penyelidik mencatat pengulangan tingkah laku, perbuatan atau peristiwa tertentu dengan menggunakan kaedah pemerhatian yang berstruktur dengan baik. Sampel yang digunakan adalah lebih terbuka dalam memperoleh data mengenai tabiat dan sikap manusia bagi memahaminya dengan lebih mendalam. Perkara yang menjadi pemerhatian adalah: manusia, tempat, tingkah laku, aktiviti, peristiwa, objek, tujuan, masa dan juga perasaan.

selain daripada itu penulis juga menekankan satu strategy yang kerap digunakan oleh pengkaji kajian tindakan. startegy ini dipanggil Triangulation.

No comments:

Post a Comment