Thursday, October 29, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

1. Elliot & Adelman (1973)
  • Satu pendekatan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.
2. Carr & Kammis (1986)
  • Satu aktiviti inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilaksanakan oleh guru untuk memahami dan memperbaiki amalannya.
3. Dr.Jamil Ahmad (2002)
  • Satu kajian yang berbentuk refleksi inkuiri kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/pendidik/guru) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amaln masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
  1. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi untuk mendapatkan idea dan srategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  2. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang diingini untuk memperbaiki kerja mereka dalam kelas dengan melakukan tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  3. Mengembang pengetahuan dan kefahaman praktikal mereka yang terlibat dalam proses penyelidikan.
  4. Mengembang dan memperbaiki pendidikan sebagai satu displin.

RASIONAL GURU SEBAGAI PENYELIDIK

"Untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini guru mempunyai kesempatan buat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik." (Gray,1988)

PRINSIP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti.
(Jemaah Nazir Sekolah, KPM)



No comments:

Post a Comment