Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: kerangka konseptual dan operational

Operational kajian

dalam operational kajian akan menerangkan tentang input dan output kajian. ianya juga menjelaskan tentang

Input
Demonstrasi - Minat dan kefahaman
Minda Perkasa - Ingatan

Proses
Guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yangg telah ditentukan dan hasilnya akan dilihat sama ada berkesan atau tidak

Output
Demonstrasi - Menambah minat, mudah faham
Minda Perkasa - Meningkatkan daya ingatan

Pada akhir kajian ini diharapkan pelajar menjadi minat untuk mempelajari topik yang diajar dengan menggunakan kaedah demonstrasi serta dapat meningkatkan daya ingatan dengan menggunakan kaedahminda perkasa.

Thursday, December 10, 2009

TUGASAN 13: TUGASAN 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

Teori yang diaplikasikan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapai semasa menjalankan kajian tindakan ialah:

  1. Teori tingkah laku Bandura
Teori tersebut aplikasikan dalam proses p&p sebagai panduan semasa pengkaji mejalankan kajian tindakan. pengkaji akan menggunakan beberapa strategi bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara strategi yang boleh dilakukan ialah:

  1. kaedah pengajaran berpusatkan guru.
- guru akan menerangkan topik yang diajar dan membuat demontrasi bagi membantu pelajar lebih memahami topik atau konsep yang diajar.
- Guru menjelaskan penerangan berbantukan peta minda agar pelajar dapat melihat isi-isi penting dengan lebih jelas.


2. Berpusatkan pelajar

- pelajar membuat peniruan berdasarkan demontrasi yang ditunjukkan oleh guru
- pelajar meningkatkan pemahaman dengan membuat peta minda bagi mengingati fakta-fakta penting.


************************************************

APA ITU PEMBELAJARAN?

• Definisi: perubahan yang disebabkan oleh pengalaman

• Jenis-jenis pembelajaran

− Disengajakan(Intentional)

− Tidak disengajakan (Unintentional)

PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF TINGKAH LAKU

• Menekankan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan

• Pembelajaran dikatakan berlaku bila rangsangan daripada persekitaran menghasilkan perubahan yang agak tekal dan boleh diperhatikan

• Ahli-ahli tingkah laku melihat pembelajaran sebagai perkaitan antara ransangan (stimulus- sesuatu yang memberi kesan kepada deria) dan gerakbalas (response- reaksi kepada rangsangan)

Teori ini mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalamtingkahlaku sepertimana yang dilakukan oleh seseorang di dalam situasi tertentu. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab-akibat atau ransangangerakbalas atau gerakbalas-peneguhan (Amir 1986; Sahakian 1976; Harris 1979).


MODEL PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU

• Pembelajaran Kontiguiti berlaku bila suatu rangsangan dan gerakbalas dikaitkan kerana keduanya sering dipasangkan atau seringkali berlaku bersama-sama.

• Boleh berlaku melalui latih tubi

Teori Pembelajaran Sosial (teori permodelan Bandura)
Teori permodelan Bandura

- Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan
- Orang diperhatikan sebagai model
- Proses pembelajaran melaui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (Modelling)
- 4 unsur utama di dalam teori Bandura:

a. Perhatian
b. Mengingat
c. Reproduksi
d. Peneguhan/ Motivasi

- jenis-jenis peniruan boleh berlaku secara :

a. langsung
b. tak langsung
c. Gabungan
d.Sekat laluan
e. tak sekat laluan

ciri-ciri teori pemodelan Bandura

i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh ke1mahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif

Sunday, December 6, 2009

AKTIVITI 12: PEMURNIAN

PENYATAAN MASALAH

1. Pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami topik yang diajar dalam mata pelajaran Sains dan kemahiran Hidup.

2. Pelajar kurang minat terhadap topik yang diajar

3. Pelajar sukar untuk mengingati fakta penting berkaitan topik yang diajar.


TUJUAN
Meningkatkan daya ingatan pelajar dan minat para pelajar dalam mata pelajaran Sains & Kemahiran hidup melalui kaedah demonstrasi dan minda perkasa.


OBJEKTIF

1. Pelajar dapat memahami topik yang diajar melalui kaedah demo dan minda perkasa

2. Peningkatan minat pelajar terhadap topik yang diajar melalui kaedah demonstrasi

3. Pelajar dapat mnegingat fakta penting melalui kaedah minda perkasa.

AKTIVITI 11: TUGASAN 2: JURNAL

THE EFFECT OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE

BY: Marilyn Joshua

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Kajian ini memfokuskan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar tadika hingga darjah dua dalam penulisan dengan menggunakan kaedah gambar dan 'prompt'. Dijalankan bagi mengenalpasti atau mengkaji sama ada penulisan dengan bantuan gambar atau 'prompt' di kalangan murid-murid sekolah rendah memberi kesan ke atas kualiti penulisan mereka.


TRANSFORMATION OF TEACHER ATTITUDE AND APPROACH TO MATH INSTRUCTION THROUGH COLLABORATIVE ACTION RRESEARCH

Patricia J. Bonner


PERSOALAN KAJIAN :
Adakah transisi guru ke arah pengajaran secara kolaboratif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik?



PEER OBSERVATION OF TEACHING IN THE ONLINE ENVIRONMENT: AN ACTION RESEARCH APPROACH

BY: D.Swinglehurst, J. Russell & T.Greenhalgh

FOKUS KAJIAN
Focus kajian ini adalah untuk meningkatkan penggunaan kaedah maya (online) dalam memantau pengajaran diantara pensyarah pendidikan pengajian tinggi.

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 10: TUGASAN 1:BUKU

Berdasarkan buku yang dikaji, penulis menggunakan kaedah di bawaah untuk mengenal pasti masalah kajian:

1.Penulisan Reflektif
Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Melalui penulisan reflektif dapat mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Dalam penulisan reflektif ia dapat membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan.

2. Menggunakan Jurnal
Menggunakan jurnal adalah satu jalan yang baik untuk mengenalpasti apakah projek kajian tindakan yang akan dilakukan secara kolaboratif. Ini kerana setiap guru akan membaca jurnal yang berbeza dan akan mengumpulkan banyak idea berdasarkan jurnal yang dibaca. Kemudian, kumpulan pengkaji itu akan dapat melihat bentuk masalah yang timbul dan 'AHA!'.

3.Reflektive Interviews
Melalui temuduga reflektif, pengkaji kajian tindakan mendapat peluang untuk mendengar sendiri idea atau pendangan pelajar tentang isu yang diketengahkan.

4. Analytic discourse
kaedah ini hampir sama dengan reflektive interview. bezanya kaedah ini di jalankan oleh 3-6 orang guru lain untuk membincangkan masalah yang diajukan oleh pengkaji.

5.Refelksi kumpulan
setiap ahli kumpulan (pengkaji)meluangkan masa 15 minit untuk menjawab beberapa soalan berkaitan fokus kajian yang akan dijalankan. dalam waktu ini setiap ahli kumpulan berpeluang untuk berkongsi idea masing-masing dan mengumpul isu-isu yang biasa di alami dan mengenal pasti matlamat di dalam reflective interviews.

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

MATLAMAT KAJIAN
Supaya dapat meningkatkan minat dan daya ingatan pelajar di dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan dikalangan pelajar tingkatan 4 dengan bantuan kaedah Minda Perkasa


OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti sama ada kaedah pengajaran menggunakan peta minda dapat meningkatkan daya ingatan dan minat pelajar di dalam mata pelajaran Sains dan Perdagangan
2. Menentukan sama ada wujud hubungan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Perdagangan dengan bantuan peta minda

BENTUK SOALAN KAJIAN

1. Adakah pelajar dapat meningkatkan minat dan daya ingatan mereka dengan kaedah 'Minda Perkasa'?
2. Bagaimanakah 'Minda Perkasa' mampu membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian, minat dan juga daya ingatan?

AKTIVITI 8: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

-Individu
- perlu ada huraian ringkas pada setiap keyword supaya pelajar tidak lupa semasa membuat ulangkaji


-Kumpulan
- pelajar perlu kreatif semasa membina peta minda
- guru perlu menilai setiap peta minda yang dihasilkan
- perlu beri pendedahan kepada pelajar tentang bagaimaana membina peta minda ynag lebih berkesan


-Kumpulan lain

-Dalam setiap minda perkasa, kena ada huraian ringkas.
-Menyarankan pelajar untuk membentangkan "minda perkasa" yang telah dibuat untuk mengujinya.
-Variasikan bentuk kaedah ini agar lebih kretif, supaya pelajar tidak ceria.

AKTIVITI 7: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:
DEMONSTRASI DAN MINDA PERKASA DALAM P&P

KELEMAHAN:

Refleksi individu:
- guru tidak dapat membuat demonstrasi dengan baik
- Boleh menyebabkan pelajar hanya fokus kepada isi utama
- Pelajar tidak dapat menghuraikan isi utama
- bergantung kepada kreativiti individu


Refleksi Kumpulan:
  1. Kaedah ini tidak sesuai untuk topik pengajaran yang terlalu banyak isi kandungan dan fakta-fakta.
  2. Pelajar-pelajar hanya bergantung pada isi-isi penting yang terdapat dalam Minda Perkasa sahaja
  3. Pelajar tidak boleh menghurai isi-isi penting - idea terhad



Refleksi kumpulan lain:
1. pelajar tidak mampu menghuraikan fakta
2. kaedah ini tidak sesuai untuk semua tajuk
3. pelajar terlalu banyak bergantung pada isi penting

AKTIVITI 6: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:
DEMONSTRASI DAN MINDA PERKASA DALAM P&P.

Kekuatan

Refleksi individu:
- mudah diingati
- pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh
- isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih jelas
- menarik


Refleksi Kumpulan:
- satu peta minda boleh memuatkan banyak fakta
- mudah untuk buat ulangkaji
-"keyword" mewakili banyak perkataan


Refleksi kumpulan lain:

1. pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru.
2. kaedah ini juga membantu para pelajar untuk menghafal dengan senang kerana pemahaman daripada pelajar.
3. pelajar tidak cepat bosan
4. dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar

AKTIVITI 5: TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KAJAIN TINDAKAN

1. MENGAPA GURU NOVIS PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Individu-

-Meningkatkan pengajaran guru novis tersebut atau rakan setugas,
-Menguji teori pendidikan secara praktikal,
-Untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah.
-Guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka
-Mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P
-Untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.



2. SEBAB MEMILIH TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN INI.

sebab-sebab kami memilih tajuk ini:

1. Bagi meningkatkan fokus dan minat pelajar terhadap tajuk yang diajar oleh guru
2. Memudahkan pelajar untuk mengingati fakta-fakta penting
3. Supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar
4. Pelajar mampu menyusun ingatan secara logik
5. Pelajar dapat menilai kembali apa yang telah dipelajari

TUGASAN 4: TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:
DEMONSTRASI DAN MINDA PERKASA DALAM P&P

PESERTA KAJIAN;
18 ORANG PELAJAR DPLI MINOR SAINS
22 ORANG PELAJAR DPLI MAJOR PERDAGANGAN

SEETING KAJIAN:
KELAS MACROTEACHING

Thursday, November 19, 2009

AKTIVITI 3: PEMBENTANGAN KOLOKIUM

TAJUK 1.
Meningkatkan Memori Pelajar dalam Subjek Pendidikan Islam dengan Menggunakan Kaedah Kata Kunci (Akronim)

kajian tindakan di atas diterima sebagai kajian tindakan kerana :
1. guru menghadapi masalah ketika proses p-p berjalan. melalui pemerhatian, majoriti pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan sukar untuk mengingati isi pengajaran yang di ajar. Pelajar menganggap matapelajaran Pendidikan Islam adalah mudah namun pencapaian ketika peperiksaan tidak memberangsangkan.
2. oleh itu, guru mencari kaedah dan pendekatan yang boleh membantu meningkatkan prestasi dan daya ingatan pelajar.
3. semasa proses p-p, guru mengaplikasikan kaedah kata kunci (akronim)
4. hasil daripada kajian yang dijalankan dapat dilihat bahawa berlakunya peningkatan dalam prestasi dan minat pelajar terhadap matapelajaran PI.


TAJUK 2.
Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (token) di kalangan Murid Pendidikan Khas SMK Bangsar.

kajian ini diterima sebagai kajian tindakan.
1. bermula apabila guru menghadapi masalah tingkah laku pelajar non-tipikal yang menunjukkan pelakuan agresif, pasif dan masalah emosi semasa proses p-p
2. guru mengaplikasikan alternatif baru bagi memperbaiki tingkah laku tersebut dengan mengaplikasikan teknik ganjaran berbentuk token untuk meningkatkan lagi kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar.
3. hasil daripada kajian menunjukkan pelajar lebih bersemangat dan ingin barsaing antara satu sama lain. tingkah laku negatif juga dapat dikurangkan semasa proses p&p.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2: TUGASAN 2-JURNAL

LIST ARTICLE:

1. THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF
STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE
STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE


BY: MARILYN JOSHUA

Kajian tindakan ini mengkaji tentang keberkesanan penggunaan gambar dan prompts
ke atas pelajar daripada kelas Tadika hingga darjah 2. Kajian ini ingin melihat kualiti
penulisan pelajar dan jumlah perkataan yang dapat dibina oleh pelajar berdasarkan kaedah
yang diberikan.


2. THE EFFECTS OF CCOPERATIVES LEARNING ON JUNIOR HIGH SCHOOL
STUDENTS DURING SMALL GROUP LEARNING


BY: ROBYN M. GILLIES

Kajian tentang pelaksanaan pembelajaran koperative pada junior sekolah tinggi yang
mana pembahagian kumpulan yang distruktur dan tidak distruktur. kumpulan adalah
melibatkan 3-4 orang pelajar, lain jantina dan pencapaian manakala kumpulan sebaliknya
adalah ahli kumpulan tidak ditetapkan.
keputusan menunjukkan kumpulan yang distruktur adalah lebih bekerjasama berbanding
kumpulan satu lagi. persembahan mereka lebih mantap, manakala sikap tolong menolong
dan bantu membantu antara ahli.


3. HELPING STUDENT TO ADD DETAIL AND FLAIR TO THEIR STORIES

BY : POOJA PATEL AND LESLIE LOUD


Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengukur keberkesanan bentuk strategi penulisan
untuk meningkatkan gambaran di dalam cerita yang dihasilkan oleh 3 orang pelajar yang
mempunyai masalah penulisan yang teruk (2 dikenalpasti sebagai masalah pembelajaran
dan 1 masih menjalani penyaringan) di dalam kelas pemulihan.
Strategi penulisan yang digunakan adalah dengan gabungan antara kaedah Self Regulated
Strategy Development (SRSD) dengan kaedan Visualizing dan Verbalizing (V&V).
Keputusan menunjukkan 2 daripada 3 pelajar mengalami peningkatan berdasarkan
kepada pengukuran yang dilakukan seperti panjag, jumlah perkataan, jumlah gambar dan
kualiti keseluruhan penulisan.

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 (BUKU)

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Merupakan satu kajian yang dijalankan di sesuatu situasi sosial contohnya di sekolah yang melibatkan 4 proses iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dan dilakukan secara berterusan dengan tujuan sebagai penambahbaikan isu yang dikaji.


Contoh:
Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diiajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan kajian tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding sebelum kajian dijalankan.

Thursday, November 5, 2009

TUGASAN 3: LAPORAN KOLOKIUM DPLI 2009

MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN 2 MELALUI KAEDAH KOPERATIF

OLEH: NOOR ASMAH BUANG
WAN NORSALINA WAN HUSSIN


PERMASALAHAN KAJIAN

1. Pelajar cepat bosan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains

2. Kurang daya tumpuan pelajar menyebabkan mereka kurang faham terhadap pengajaran sains yang kompleks

3. Kaedah pengajaran yang kurang berkesan.


PERSOALAN KAJIAN

1. Sejauhmana pembelajaran secara kooperative yang berpusatkan pelajar dapat menarik minat mereka terhadadap topik dalam subjek sains.

2. Apakah kaedah penagjaran kooperatif mampu mempertingaktkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran sains tingkatan 2.

3. Sejauhmanakah kaedah kooperatif berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.


SAMPEL KAJIAN

70 orang pelajar tingkatan 2 SMK Sungai Pelek Sepang.


SETTING KAJIAN

Dilakukan selama 12 minggu semasa latihan mengajar dan dijalankan di dalam kelas.

METHDOLOGY

1. Menggunakan kaedah temubual dengan pelajar di mana meminta pendapat pelajar tentang mata pelajaran Sains.

2. Guru mencari alternatif untuk memurnikan lagi Proses P&P di dalam kelas.

3. Menggunakan kaedah Round Robin (4-5 orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua dan akan diberikan satu subtopik kecil untuk dibincangkan dengan ahli kumpulan dalam masa yang ditetapkan.

4. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.

5. Semasa pembentangan dijalankan guru akan menilai pelajar daripada segi tingkah laku , kerjasama, kesefahaman dan keyakinan diri.

6. Selain daripada itu, Soal selidik diberi kepada pelajar untuk megetahui keberkesanan kaedah kooperatif

DAPATAN KAJIAN

Pelajar dinilai daripada hasil perbentangan mereka dan berlaku peningkatan daripada segi kefahaman, tingkah laku, kuantiti dan gaya persembahan pelajar.

Tuesday, November 3, 2009

TUGASAN 3: LAPORAN KOLOKIUM DPLI 2009

MENINGKATKAN KESUNGGUHAN DAN KETEKUNAN BELAJAR MENGGUNAKAN TEKNIK GANJARAN (TOKEN) DI KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANGSAR

OLEH: NUR ATIFAH BINTI ABD WAHAB
SITI NABILAH HASSAN

PENYELIA: PROF.PUAN SRI DR.ROHATY MAJZUB


PENYATAAN MASALAH

1. Guru sering berhadapan dengan masalah tingkah laku pelajar non-tipikal yang menunjukkan perlakuan agresif, pasif, negatif sosial dan permasalahan emosi.

2. Guru perlu mencari alternatif baru bagi membantu memperbaiki tingkah laku bermasalah pelajar terbabit.

3. Mengadaptasikan teknik ganjaran berbentuk token untuk meningkatkan lagi kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar.


METODOLOGI KAJIAN

1. Mengenal pasti tingkah laku yang hendak diubah.
2. Membuat pemerhatian dan merekod tingkah laku
3. Menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai.
4. Memilih strategi yang hendak digunakan
5. Menentukan ganjaran
6. Menjalankan program
7. Melakukan penilaian secara berterusan
8. Memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang.
9. Membuat refleksi.


SETTING KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar selama 12 minggu bermula bulan Julai hingga Oktober 2009.


SAMPEL KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas 7 orang pelajar Pendidikan Khas SMK Bangsar.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1. Kajian ini dijalankan dengan membuat penilaian ke atas 7 orang pelajar pendidikan khas ke atas sikap dan tingkah laku mereka yang mempengaruhi minat mereka di dalam pelajaran.

2. Teknik ganjaran sekunder - token digunakan bagi meningkatkan kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar.

3. Aspek yang dikaji : Perlakuan agresif, perlakuan pasif, kognitif, bermasalah emosi, perlakuan negatif sosial dan kemahiran motor kasar.

4. Dilakukan sebanyak 2 kitaran iaitu kitaran satu pembelajaran tanpa sebarang peneguhan, kitaran kedua Pembelajaran dengan menggunakan teknik ganjaran sekunder.

5. Peningkatan yang positif dapat dilihat apabila ujian dijalankan dengan mengaplikasikan teknik ganjaran sekunder berbentuk token.


IMPLIKASI KAJIAN


1. Di dapati sistem ganjaran berkesan bagi mengurangkan tingkahlaku negatif dan seterusnya merangsang ketekunan pelajar untuk belajar.

2. murid lebih bersemengat dan boleh bersaiang secara sihat

3. Pengurangan tingkahlaku negatif dapat mengurangkan gangguan di dalam kelas, merangsang aktiviti pembelajaran secara efektif.


PERKARA YANG DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN

1. Menyakinkan bahawa kaedah ganjaran amat sesuai digunakan kepada semua pelajar termasuk pelajar pendidikan khas untuk menarik perhatian mereka terhadap pelajaran.

2. Pelajar non-tipiikal perlu diberi galakan dan sokongan yang sewajarnya agar dapat menyakinkan diri mereka bahawa mereka mampu lakukan sesuatu perkara.






Monday, November 2, 2009

TUGASAN 2: RUMUSAN ULASAN JURNAL

PERSAMAAN:
Ketiga-tiga jurnal ini:
1. Menggunakan kaedah perbincangan dalam pengumpulan datanya.
2. Bertujuan untuk menambah baik proses P&P pengkaji.
3. Menekankan kepada pembangunan keprofessionalisme pendidik.
4. Menerapkan dan menggabungkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran menulis, membaca dan melihat dalam P&P

PERBEZAAN:
ketiga-tiga jurnal ini :
1. Berbeza lokasi dan sample kajiannya.
2. tidak hanya berfokus kepada kajian ke atass pelajar tetapi kajian terhadap pencapaian guru juga dijalankan.

Rumusan:
Pada pendapat saya, kajian tindakan yang dijalankan dalam artikel -artikel tersebut perlu di lanjutkan (follow up) oleh pengkaji lain agar guru-guru tersebut melaksanakan strategi P&P yang telah disyorkan oleh pengkaji. Menurut Jean McNiff dalam bukunya iaitu All You Need to Know About Action Research, kesahan kajian juga boleh dibuat oleh individu lain agar kajian tersebut benar-benar sah.

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

PEER OBSERVATION OF TEACHING IN THE ONLINE ENVIRONMENT: AN ACTION RESEARCH APPROACH

BY: D.Swinglehurst, J. Russell & T.Greenhalgh

FOKUS KAJIAN
Focus kajian ini adalah untuk meningkatkan penggunaan kaedah maya (online) dalam memantau pengajaran diantara pensyarah pendidikan pengajian tinggi.

SAMPLE
28 orang tutor (Msc in International Primary Health Care)

SETTING
University Collage London

PROSEDUR KAJIAN
1. Melakukan kjian tindakan secara kolaboratif
2. Melibatkan beberapa proses yang berulang iaitu merancang, bertindak, memantau, mereflek, dan rancang semula. Proses ini berlaku secara berterusan.
3. Kajian ini menggunakan bantuan untuk mengumpul data
a. Kumpulan maya (online focus goup) seramai 110 yang terdiri daripada guru dalam program siswazah Universiti London
b. 28 orang guru yang terlibat dalam 2 Parallel yahoo! Disscusion Groups
( berasal daripada 12 jabatan yang berbeza di London dan UK)
c. Analisis data menggunakan perisian NVIVO

DAPATAN KAJIAN
Dipaparkan dalam kaedah kualitatif di mana penyelidik mendapat 6 tema utama berdasarkan perbincangan di dalam kumpulan berfokus.
1. Anxieties provoked by POT
2. Teaching biewed as ‘Performance evaluation’ led to little learning
3. Tensions inherent in the practice of POT
4. ‘Good’ online teaching
5. Redefining POT as collective ‘ sense-making’
6. the opportunity for innovation and collaboration

Dapat mengenl pasti beberapa faktor untuk kejayaan apabila menggunakan kaedah POT
1. Memastikan kegunaannya jelas
2. Telah memahami kegunaan, memastikan semua proses adalah selari dengan tujuannya
3. Ensure sanctioned protected time
4. Exploit the unique features of the online environment

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

THE EFFECT OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE

BY: Marilyn Joshua

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Kajian ini memfokuskan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar tadika hingga darjah dua dalam penulisan dengan menggunakan kaedah gambar dan 'prompt'. Dijalankan bagi mengenalpasti atau mengkaji sama ada penulisan dengan bantuan gambar atau 'prompt' di kalangan murid-murid sekolah rendah memberi kesan ke atas kualiti penulisan mereka.

SAMPEL KAJIAN

Kajian ini melibatkan 9 orang guru sebagai penyelidik yang mempunyai 6 tahun pengalaman di dalam kajian tindakan. Sampel kajian adalah murid-murid daripada tahap TABIKA hingga darjah dua iaitu seramai 165 orang (55 TABIKA, 73 darjah satu & 37 darjah dua). Murid-murid ini terdiri daripada 83 lelaki dan 82 perempuan. Murid-murid ini terdiri daripada pebagai bangsa seperti Latino, White, Africa America, Asian dan lain-lain.

SETTING KAJIAN

Kajian ini dijalankan di dalam bilik darjah dari beberapa buah sekolah yadika dan sekolah rendah.

PROSEDUR KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui 3 peringkat:
  1. Sebelum kajian
  • Guru perlu memilih jenis gambar yang akan digunakan semasa ujian dijalankan
  • Memikirkan bagaimana gambar dan prompt akan dipersembahkan, jenis kertas yang akan digunakan bagi pelbagai jenis tahap pelajar dan bagaimana mahu menilai hasil terakhir pelajar.
  • mengenal pasti cara bagaimana untuk mengatur dua kumpulan yang akan dibinan di dalam sebuah kelas yang sempurna.
  • mengenal pasti bagaimana bagi mewujudkan satu cara yang seimbang diantara 2 kaedah pembelajaran.
2. Semasa Kajian
  • Guru memilih untuk menggunakan 2 jenis gambar iaitu strawberi dan tembikai kerana ianya merupakan benda yang biasa dijumpai dan jenis yang sama. gambar tersebut hanya berwarna hitam putih bagi membantu murid-murid mengenal pasti buah tersebut.
  • Guru membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan yang akan menjalani 2 fasa ujian secara bergilir. Kumpulan pertama akan menulis berdasarkan gambar dan satu kumpulan lagi akan menulis tanpa melihat gambar.
3. Selepas kajian
  • Guru menggunakan borang penilaian untuk menilai penulisan pelajar.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Guru - guru mengumpulkan data dengan menjalankan peperiksaan penulisan keppada pelajar. Penilaian dibuat dengan mengira jumlah perkataan yang ditulis oleh pelajar. Kemudian melihat daripada segi semantik atau maksud, beberapa sub kategori bagi penulisan kanak-kanak dan menggunakan 6 sifat penulisan digunakan untuk menilai bagaimana murid-murid menyampaikan cara penulisan idea, pemilihan perkataan, kelancaran dan pengumpulan ayat.

HASIL KAJIAN

Di dalam hasil kajian, penyelidik memaparkan hasil kajiannya dalam bentuk carta pai. ini kerana dapat memudahkan pembaca untuk melihat perbezaan diantara setiap kategori yang di tunjukkan. Hasil kajian ditunjukkan kepada 2 bahagian iaitu:
  1. KUALITI PENULISAN
  • TABIKA - 52% menunjukkan tiada perbezaan diantara penulisan berpandukan bantuan gambar dan prompt dengan penulisan berpandukan prompt sahaja.
  • DARJAH 1 - 43% menunjukkan tiada perbezaan diantara penulisan berpandukan bantuan gambar dan prompt dengan penulisan berpandukan prompt sahaja.
  • DARJAH 2 - 12% menunjukkan tiada perbezaan diantara penulisan berpandukan bantuan gambar dan prompt dengan penulisan berpandukan prompt sahaja.

2. JUMLAH PERKATAAN YANG DITULIS

Kelancaran penulisan semakin baik mengikut tahap kelas pelajar. Murid tadika lebih banyak menulis huruf berbanding perkataan.


KESIMPULAN:
Secara keseluruhan 41% kualiti penulisan menunjukkan tiada perbezaan
diantara penulisan berpandukan bantuan gambar dan prompt dengan penulisan pelajar yang menerima arahan lisan daripada guru.Oleh itu para penyelidik menyimpulkan bahawa keupayaan murid menulis merupakan faktor yang penting di dalam pencapaian ujian ini kerana
mana-mana pelajar yang biasanya menulis dengan baik akan dapat membuat ujian penulisan
ini dengan baik juga. Namun keseluruhannya kajian menunujukkan sedikit penambahbaikan dalam penulisan pelajar berdassarkan kaedah yang digunakan.






TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

TRANSFORMATION OF TEACHER ATTITUDE AND APPROACH TO MATH INSTRUCTION THROUGH COLLABORATIVE ACTION RRESEARCH

Patricia J. Bonner


PERSOALAN KAJIAN :
Adakah transisi guru ke arah pengajaran secara kolaboratif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN :
2 orang guru yang mengajar matematik yang mengajar gred 5 di sekolah pinggir Bandar di Los Angelas.

METODOLOGI :
Pengkaji telah membuat 15 kali perjumpaan dengan guru-guru tersebut. Antara perkara yang dibincangkan ialah:

1. Perbincangan tentang masalah penguasaan Matematik
2. Analisis keputusan ujian Matematik - pencapaian rendah membuktikan kurangnya penguasaan pelajar dalam Matematik
3. Tinjauan literatur / artikel berkaitan dengan pedagogi - pengkaji menyuruh kedua guru membaca dan menganalisis beberapa artikel tentang pedagogi dan pelbagai pendekatan dalam P&P subjek Matematik.
4. Tinjauan beberapa strategi dalam proses pengajaran & pembelajaran untuk Matematik dalam artikel Educating Everybody's Children
5. Tinjauan artikel mengenai kajian tindakan
6. Pengumpulan data dan refleksi
7. Rekod komen dan tindak balas daripada pelajar

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA :

1. Temubual dengan guru (dalam bulan Jun) - soalan berkaitan persepsi mereka tentang kajian tindakan dan cara pembelajaran mereka
2. Temubual dengan pelajar
3. Jurnal dan refleksi guru
4. Jurnal pelajar
5. Rekod perjumpaan 15 kali dengan guru-guru
6. Nota lapangan pengkaji - pemantauan kelas semasa P&P
7. Kajian kes yang ditulis oleh guru-guru tersebut semasa simposium peringkat negeri
8. School district proficiency assessment test - Mathematics Application Performance Assessment (MAPA)
9. Temubual dengan guru-guru tersebut pada tahun berikutnya (untuk melihat kelancaran perlaksanaan kajian)

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Nama Pengarang :
Richard Sagor


Tahun Terbitan :
2005


Tajuk Buku :
The Action Research Guidebook : A Four-Step Process for Educators and School Teams

Definisi

Di dalam buku ini menjelaskan bahawa pengertian kajian tindakan ialah satu siasatan atau kajian yang dijalankan oleh seseorang untuk mengambil tindakan berkenaan dengan tindakan mereka sendiri dengan tujuan untuk memperbaiki tindakan-tindakan mereka pada masa akan datang

Daripada buku ini kajian tindakan sebenarnya terbahagi kepada 4 peringkat, iaitu:

*Mengenal pasti visi dan target
*Membuat teori
*Melaksanakan tindakan dan mengumpul data
*Refleksi data dan melakukan plan tindakan

4 peringkat ini akan membantu pengkaji bagaimana untuk memperbaiki praktis untuk mencapai matlamat iaitu kecemerlangan pelajar.

Terma dan Konsep

Terdapat 3 soalan yang sering ditanya bagi memastikan ianya benar-benar kajian tindakan atau sebaliknya. Jika ketiga-tiga jawapan daripada soalan itu "Ya" bermakna kajian tersebut memenuhi kehendak kajian tindakan . Sekiranya jawapan yang diperoleh "Tidak" bagi ketiga-tiga soalan atau salah satu daripadanya, maka perlu membuat semula kajian tersebut.

3 soalan itu ialah:

1. Adakah kajian itu berfokus kepada tindakan profesional?
2. Adakah pngkaji mempunyai kuasa untuk menyelaraskan tindakan masa depan berdasarkan keputusan?
3. Adakah pengukuhan itu perlu?

Di dalam buku ini pengarang juga menerangkan bahawa kajian tindakan seperti kebanyakan jenis-jenis kajian amnya adalah dijalankan untuk salah satu daripada dua tujuan, iaitu:

1. Kenal pasti perkara yang sedang berlaku
2. untuk menguji satu hipotesis

Antara lain, pengarang menjelaskan 5 strategi khusus yang boleh membantu para pengkaji yang melakukan kajian tindakan dalam pendidikan dalam mengenal pasti keutamaan kajian iaitu:

* Penulisan refkektif
- Menggunakan penulisan reflektif untuk mendapatkan fokus sesuatu kajian

*Jurnal
- Menggunakan Jurnal untuk kenal pasti fokus kajian tindakan

*Menemuduga reflektif
- Pengkaji mengambil maklumat daripada individu lebih kurang 15 minit seorang. Mesti diingati bahawa menemuduga reflektif adalah bukan satu perbincangan.

*Wacana analitis
- Ianya lebih kurang dengan kaedah menemuduga reflektif tetapi kaedah ini mempunyai formatnya yang tersendiri, iaitu:

1. Pembentangan isu. Pengkaji mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menerangkan bidang yang akan dikaji

2. Menjelaskan soalan. Ahli panel boleh bertanyakan soalan jika tidak jelas tentang sesuatu perkara.

3. Mengkaji soalan. Ahli panel bertanyakan soalan yang memerlukan pengkaji mencari jawapan dan memberi jawapan yang dapat difahami dengan mendalam.

Selain itu, semasa menjalankan satu wacana analitis, tiga peraturan asas mesti diikuti oleh panel temuduga. Peraturan-peraturan ini adalah direka untuk memastikan bahawa orang yang ditemu duga penyelidik mencapai kepada satu pemahaman peribadi yang lebih mendalam terhadap isu itu. Peraturan asas itu adalah:

* Soalan sahaja, bukan komen
* Tiada komen kritikan
* Tiada Cadangan

4. Pasukan Reflektif. Setiap orang dari ahli kumpulan mesti memberikan jawapan kepada 4 soalan dalam masa 15 minit.

Dalam buku ini juga pengarang menjelaskan mengenai penapisan fokus. Seseorang pengkaji seharusnya mengetahui atau jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya matlamat jelas, barulah kajian yang dijalankan akan berhasil.

Bagaimana cara membuat penapisan fokus? Caranya ialah dengan melakukan "postmortem", membandingkan pengalaman kita dengan pengalaman orang lain supaya dapat mengetahui kesalahan dan sebagainya, mengumpul maklumat dari rakan sekerja, kajian kepustakaan dan lain-lain.


PENGUMPULAN DATA

Fasa pertama dalam menjalankan kajian tindakan ialah pengumpulan data yang mana ia dapat membina kajian yang sah dan beretika. Pemerolehan sumber maklumat secara sistematik dapat menyumbang kepada pemahaman yang meluas terhadap topik kajian. Penulis menekankan kepada dua aspek penting mengenai pengumpulan data iaitu kesahihan data dan boleh dipercayai. Antara teknik yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian tindakan ialah:

Temu bual


Teknik yang paling asas dalam memperoleh pengalaman dan pandangan manusia ialah melalui temu bual. Temu bual dilakukan dengan memberi sama ada soalan jenis berpandu ataupun jenis terbuka. Sebelum memulakan sebarang temu bual, penyelidik hendaklah membina hubungan kepercayaan dengan sampel atau peserta agar mereka berasa selesa ketika ditemu ramah dan dapat memberikan maklumat yang diinginkan dengan jelas dan lancar.

Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian tindakan adalah jauh berbeza dengan pemerhatian dalam kajian eksperimental. Dalam kajian tindakan, penyelidik mencatat pengulangan tingkah laku, perbuatan atau peristiwa tertentu dengan menggunakan kaedah pemerhatian yang berstruktur dengan baik. Sampel yang digunakan adalah lebih terbuka dalam memperoleh data mengenai tabiat dan sikap manusia bagi memahaminya dengan lebih mendalam. Perkara yang menjadi pemerhatian adalah: manusia, tempat, tingkah laku, aktiviti, peristiwa, objek, tujuan, masa dan juga perasaan.

selain daripada itu penulis juga menekankan satu strategy yang kerap digunakan oleh pengkaji kajian tindakan. startegy ini dipanggil Triangulation.

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

1. Elliot & Adelman (1973)
  • Satu pendekatan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.
2. Carr & Kammis (1986)
  • Satu aktiviti inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilaksanakan oleh guru untuk memahami dan memperbaiki amalannya.
3. Dr.Jamil Ahmad (2002)
  • Satu kajian yang berbentuk refleksi inkuiri kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/pendidik/guru) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amaln masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
  1. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi untuk mendapatkan idea dan srategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  2. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang diingini untuk memperbaiki kerja mereka dalam kelas dengan melakukan tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  3. Mengembang pengetahuan dan kefahaman praktikal mereka yang terlibat dalam proses penyelidikan.
  4. Mengembang dan memperbaiki pendidikan sebagai satu displin.

RASIONAL GURU SEBAGAI PENYELIDIK

"Untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini guru mempunyai kesempatan buat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik." (Gray,1988)

PRINSIP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti.
(Jemaah Nazir Sekolah, KPM)



Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN


Dalam model praktikal kajian tindakan ini, satu analisis situasi pada dasarnya akan menimbulkan kepada persoalan kajian yang akan cuba untuk diselesaikan. Ini akan membawa kepada tujuan yang ingin dicapai melalui tindakan dan soalan yang akan dijawab melalui kajian yang dibuat. Tujuan tindakan dan persoalan kajian adalah perubahan yang saling bergantungan. Persoalan timbul daripada tindakan, dan kajian melaksanakan penggunaan. Persoalan kajian mempunyai perkaitan antara kajian dan tindakan. Apabila tindakan diperlukan yang menyelesaikan masalah telah dikenalpasti dan difahami oleh pengkaji, kajian tidak perlu dijalankan. Jikalau kita tahu apa nak buat untuk menyelesaikan masalah tersebut, kita mesti menetapkan objektif dan sambung pula dengan pengurusan projek.




Gerald Susman (1983) telah memberikan satu model yang lebih terperinci. Beliau membahagikan model ini kepada 5 fasa untuk dijalankan dalam setiap kitaran kajian (Model 5). Pada asalnya, satu persoalan dikenalpasti dan data dikumpulkan untuk diagnosis yang lebih terperinci. Ini diikuti dengan usul terkumpul daripada beberapa penyelesaian yang dikenalpasti, yang mana diambil daripada satu perancangan pada tindakan yang timbul dan kemudian diimplementasikan. Data pada keputusan daripada intervensi dikumpulkan dan dianalisis, dan kemudian dapatan kajian akan diinterpretasi sama ada dan bagaimana tindakan yang digunakan berjaya dilakukan. Pada fasa ini, persoalan kajian telah dikaji semula dan proses kajian akan bermula dengan kitaran yang lain pula. Proses ini akan berulang sehingga persoalan tadi dapat diselesaikan.




McKernan’s action research model – memperkenalkan model ‘proses masa’ yang menyarankan agar ‘masalah’ kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa.











Model Kemmis & McTaggart (1988)
Stephen Kemmis telah membangunkan satu model kitaran proses kajian tindakan seperti rajah di sebelah (rajah 1). Di dalam model ini, setiap kitaran mempunyai 4 langkah iaitu merancang, bertindak, memantau dan mereflek.




PROSES MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN


MERANCANG
• Sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuar perancangan.
• Menentukan tempoh aktiviti dan masa pelaksanaan bagi masalah yang dikenal pasti.
• Setiap satu masalah yang dikenal pasti mugkin memerlukan 1 atau lebih aktiviti
• Memastikan langkah-langkah dan bahan untuk menjalankan aktiviti.
• Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.

BERTINDAK
• Penyelidik melaksanakan perancangan sepertimana yang telah dirancang

MEMANTAU
• Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

MEREFLEK
• Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan , mempertingkatkan profasionalisme keguruan. refleksi juga berlaku sebelum, semasa, dan selepas kajian.
• Data atau maklumat dikumpul, diproses dan digunapakai.
(Sumber: Jemaah Nazir sekolah,KPM)

Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN KELAS: 10 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

1. Melahirkan idea-idea baru terhadap pelaksanaan P&P untuk penambahbaikan.

2. Menjadikan guru lebih kreatif dan kritis dalam mengenal pasti isu dan permasalahan serta mencari jalan penyelesaian.

3. Guru sebagai agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan, kelemahan dalam setiap tindakan.

4. untuk mengubah amalan rutin dan mencari alternatif baru yang lebih baik dalam amalan pengajaran.

5. sebagai sumber maklumat atau rujukan kepada guru-guru lain.

6. Sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat

7. Supaya guru lebih komited terhadap kerja dan pendidikan kepada pelajar.

8. Untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

9. Untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam pelajaran

10. meningkatkan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas.