Thursday, October 29, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

1. Elliot & Adelman (1973)
  • Satu pendekatan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.
2. Carr & Kammis (1986)
  • Satu aktiviti inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilaksanakan oleh guru untuk memahami dan memperbaiki amalannya.
3. Dr.Jamil Ahmad (2002)
  • Satu kajian yang berbentuk refleksi inkuiri kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/pendidik/guru) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amaln masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
  1. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi untuk mendapatkan idea dan srategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
  2. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang diingini untuk memperbaiki kerja mereka dalam kelas dengan melakukan tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  3. Mengembang pengetahuan dan kefahaman praktikal mereka yang terlibat dalam proses penyelidikan.
  4. Mengembang dan memperbaiki pendidikan sebagai satu displin.

RASIONAL GURU SEBAGAI PENYELIDIK

"Untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini guru mempunyai kesempatan buat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik." (Gray,1988)

PRINSIP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti.
(Jemaah Nazir Sekolah, KPM)



Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN KELAS: NOTA REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN


Dalam model praktikal kajian tindakan ini, satu analisis situasi pada dasarnya akan menimbulkan kepada persoalan kajian yang akan cuba untuk diselesaikan. Ini akan membawa kepada tujuan yang ingin dicapai melalui tindakan dan soalan yang akan dijawab melalui kajian yang dibuat. Tujuan tindakan dan persoalan kajian adalah perubahan yang saling bergantungan. Persoalan timbul daripada tindakan, dan kajian melaksanakan penggunaan. Persoalan kajian mempunyai perkaitan antara kajian dan tindakan. Apabila tindakan diperlukan yang menyelesaikan masalah telah dikenalpasti dan difahami oleh pengkaji, kajian tidak perlu dijalankan. Jikalau kita tahu apa nak buat untuk menyelesaikan masalah tersebut, kita mesti menetapkan objektif dan sambung pula dengan pengurusan projek.




Gerald Susman (1983) telah memberikan satu model yang lebih terperinci. Beliau membahagikan model ini kepada 5 fasa untuk dijalankan dalam setiap kitaran kajian (Model 5). Pada asalnya, satu persoalan dikenalpasti dan data dikumpulkan untuk diagnosis yang lebih terperinci. Ini diikuti dengan usul terkumpul daripada beberapa penyelesaian yang dikenalpasti, yang mana diambil daripada satu perancangan pada tindakan yang timbul dan kemudian diimplementasikan. Data pada keputusan daripada intervensi dikumpulkan dan dianalisis, dan kemudian dapatan kajian akan diinterpretasi sama ada dan bagaimana tindakan yang digunakan berjaya dilakukan. Pada fasa ini, persoalan kajian telah dikaji semula dan proses kajian akan bermula dengan kitaran yang lain pula. Proses ini akan berulang sehingga persoalan tadi dapat diselesaikan.




McKernan’s action research model – memperkenalkan model ‘proses masa’ yang menyarankan agar ‘masalah’ kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa.











Model Kemmis & McTaggart (1988)
Stephen Kemmis telah membangunkan satu model kitaran proses kajian tindakan seperti rajah di sebelah (rajah 1). Di dalam model ini, setiap kitaran mempunyai 4 langkah iaitu merancang, bertindak, memantau dan mereflek.




PROSES MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN


MERANCANG
• Sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuar perancangan.
• Menentukan tempoh aktiviti dan masa pelaksanaan bagi masalah yang dikenal pasti.
• Setiap satu masalah yang dikenal pasti mugkin memerlukan 1 atau lebih aktiviti
• Memastikan langkah-langkah dan bahan untuk menjalankan aktiviti.
• Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.

BERTINDAK
• Penyelidik melaksanakan perancangan sepertimana yang telah dirancang

MEMANTAU
• Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

MEREFLEK
• Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan , mempertingkatkan profasionalisme keguruan. refleksi juga berlaku sebelum, semasa, dan selepas kajian.
• Data atau maklumat dikumpul, diproses dan digunapakai.
(Sumber: Jemaah Nazir sekolah,KPM)

Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN KELAS: 10 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

1. Melahirkan idea-idea baru terhadap pelaksanaan P&P untuk penambahbaikan.

2. Menjadikan guru lebih kreatif dan kritis dalam mengenal pasti isu dan permasalahan serta mencari jalan penyelesaian.

3. Guru sebagai agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan, kelemahan dalam setiap tindakan.

4. untuk mengubah amalan rutin dan mencari alternatif baru yang lebih baik dalam amalan pengajaran.

5. sebagai sumber maklumat atau rujukan kepada guru-guru lain.

6. Sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat

7. Supaya guru lebih komited terhadap kerja dan pendidikan kepada pelajar.

8. Untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

9. Untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam pelajaran

10. meningkatkan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas.